"Buat tatapan semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini"
Setelah dua tahun..... kali ini saya kembali bersama novel terbaru yang diterbikan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Jangan lupa untuk mendapatkan hasil karya saya yang ke enam ini. Diharapkan ianya dapat memenuhi citarasa anda semua dan hayatilah setiap rasa yang saya bawakan untuk setiap watak yang tercipta di dalam.... SETULUS HATI
Last year... during bulan ramadan/september, buat pertama kalinya aku telah menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu. Memang teruja sangat... first time kan. Ingatkan itulah kali pertama dan kali yang terakhir... hari nak balik ke Semenanjung, sempat lagi kami berjalan-jalan ke Semporna, sebelum tu singgah sekejap di Air terjun Madai... fuh 1st time naik jambatan gantung.. seram juga tapi kitorang aja yang ada kat situ... bulan puasa kan, siapalah yang nak pergi tempat cam gitu. Selepas Semporna, kami terus ke Bandar Tawau.. apa lagi, beli pearl lah.. juling juga biji mata tengok pearl bergantungan tapi dek kerana kesuntukan masa, grab aja apa yang terfikir dalam kepala
Jambatan gantung - Air terjun Madai
Semporna - Tempat filem 'Duyung'
Sabah - Sekali lagi
Januari - 09/02/2009
Sekali lagi aku menjejakkan kaki ke negeri Sabah.. kali ni aku sorang aja, tapi 2nd time.. ok la. Sampai di airport Tawau, 3 orang dah menanti... tapi tak ada banner la...
Perkara pertama... apa lgi shopping kat Tawau la... tu la untungnya ambil flight pagi. Banyak juga yang diborong tapi bukan untuk diri sendiri... ada juga pesanan dari kengkawan.
perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu biasanya memakan masa lebih kurang 2 jam setengah tapi sbb si Cherrian yang drive... 1 jam setengah dah sampai.. melambung aja kerjanya.. kereta kenari hitam yang dah tak hitam .
Sampai Lahad Datu.. terus ke hotel, tukar bilik pula sebab si Baiti dok bilik yg ada single bed... mana muat nak share... Petang tu juga pergi hospital.. apa lagi buat kerja la.. preparation untuk the next day...
On the way balik dari Lahad Datu ke Tawau... sempat singgah beli buat Salak. Nak beli buah salak ni ada petuanya... ambil yang setandan ni.. yang masih terlekat, baru tahan lama. Kalau yang relai tu tak tahan. Petua dari penjual buah salak.
Atas permintaan cik abang yang sorang tu.. pergi juga la ke Tawau.. nak beli something untuk wife dia.. buah tangan sebab dah lama sangat ditinggalkan. hehehe
Pearl... teruja tengok pearl n crystal..
Sempat lagi ambil gambar kat airport sebelum naik flight... mana boleh ambil gambar. Staff kat depan tu dah ready nak menegur..